mormon.org Seluruh Dunia
Felicia Senen: menari, menyanyi, ketawa, keluarga, melayani, menangis, Mormon.

Hai, saya Felicia Senen

Tentang Saya

Saya tinggal bersama keluarga saya. saya suka memasak . saya banyak belajar memasak melalui ibu dan dan mak cik saya. saya gemar makan makanan tradisional . saya juga suka menari tarian tradisi orang iban, bidayuh dan kaum etnik yang lain. saya berminat untuk membuat kraftangan kerana ia begitu unik dan ingin belajar dengan lebih mendalam agar saya mewarisi pengetahuan saya untuk generasi yang akan datang.

Mengapa saya seorang Mormon

Saya seorang mormon kerana saya percaya kepada bapa kita di surga dan Yesus Kristus. saya ingin mengenali dan mendekatkan diri kepada tuhan. saya percaya sekiranya saya mengikuti perintah-perintah tuhan, saya akan memperoleh berkat daripada Tuhan kepada saya dan keluarga saya. saya dapat merasakan kasih sayang dia melalui berkat-berkat yang dia berikan. saya tahu dia ingin saya menjadi seorang anak Tuhan yang dapat melakukan pekerjaan Tuhan seperti menjadi seorang missionari. saya ingin memperoleh kehidupan kehidupan kekal bersama keluarga saya dan hanya melalui nama Yesus Kristus.

Bagaimana saya menjalani iman saya

Saya sering turun ke gereja setiap hari ahad bersama dengan keluarga saya. saya akan sentiasa mengikuti segala aktiviti yang akan diadakan . saya turut menjadi sukarela untuk mengajar dalam kelas minggu. saya membaca, menelaah, dan memahami tulisan suci dan menyertai kelas institusi setiap hari jumaat. saya juga selalu berkongsi ayat-ayat suci kepada kawan-kawan saya. saya turut berkongsi kesaksian kepada rakan-rakan yang bukan ahli gereja dan turut menjemput mereka hadir ke gereja.